NOOB FILM REVIEW - Jogho (1997) by U-Wei bin Haji Saari

in #teammalaysia6 years ago (edited)

TITLE.jpg

Lembu lawan lembu, manusia lawan manusia. Apa bezanya mereka dan kita? Lembu berlaga dalam Jogho kerana di lagakan oleh manusia. Ada juga ramai manusia dilaga-lagakan seakan-akan lembu laga oleh tuan-tuan politik mereka. Yang tukang sorak keliling gelanggang pun memang ramai. Tak banyak beza dengan senario harian di media sosial sekarang. Ramai tukang sorak. Yang berlaga orang sendiri. Konon nak jadi jogho (juara/champion).

Seperti dalam filem Jogho, yang kaya dan memang duit pertaruhan adalah Mamat (Allahyarham Khalid Salleh). Lembu masih makan rumput. Ramai manusia diikat hidung untuk berlaga bila-bila masa tuan mereka perintah.

Bertaruh dan membunuh tapi dalam masa yang sama bercakap tentang Tuhan dan takdir. Bercakap tentang hukum dan perintahNya. Retorik dan manusia berpisah tiada.


3.jpg

"Hutang darah mesti dibayar dengan darah" -

kata Sani (Adlin Aman Ramlie). Ayahnya Mat Lazim (Datuk Baharuddin Omar) ditembak mati oleh Pak Isa (Wan Hanafi Su).
Sani kemudian membunuh anak Pak Isa
Pak Isa mahu membalas dendam.
Pak Isa kembali ke Pattani mencari Pak Mamat
Sani membunuh Pak Isa.
Pak Mamat cover untuk Sani dan ditangkap oleh polis Thailand.

Puas hati? Siapa menang? Bila kitaran ini akan tamat?

Isteri Pak Mamat, Minah (Normah Damanhuri) yang setia terpaksa ditinggalkan. Oleh kerana apa? Berbaloi ke tidak? Duit pertaruhan yang dimenangi boleh membeli memputarkan kembali masa dan membeli semula kebahagiaan?


1.jpg
Pak Mamat selalu cakap duit tak ada. Tanah hijau terbentang luas tidak dikerjakan. Seperti dalam filem Jalan Pintas (2011), Najib Razak berdegil memilih untuk mencari kerja di bandar walaupun ibunya yang sakit dan adik perempuannya tinggal berseorangan dirumah yang terletak di tengah-tengah sawah bendang yang terbiar kekuningan tidak diusahakan.

Anak Pak Mamat yang belajar di sekolah agama di Kelantan telah diberi harapan besar untuk melanjutkan pengajian ke universiti. Parallel boleh dijajarkan disini dengan apa yang terjadi dengan remaja-remaja dari Kelantan yang berpindah ke Kuala Lumpur dalam Budak Kelantan (2011)

Brader Joe (Imuda) dalam "Kembara Seniman Jalanan (1986) menjual burger di Kuala Lumpur. 25 tahun kemudian didalam Budak Kelantan (2011) remaja dari Kelantan datang ke Kuala Lumpur masih menjual burger.

Salah siapa? Sistem Pendidikan? Salah Mahathir? Salah Najib? Atau salah Yahudi dan Amareka?

Pengakhiran cantik dalam Jogho dimana Pak Mamat berkorbankan diri untuk ditangkap selain Sani. Masih ada pemikiran matang dan kebapaan dalam dirinya. He is indeed, a Jogho, meredeemkan dirinya keatas semua kesalahan lampau beliau.


7.jpg
Tapi masa depan masih dalam taruhan. Orang muda panas hati seperti Sani menjadi kepala. Namun masih ada check and balance oleh kawannya, Jali (Sabri Yunus). Orang muda memang susah dikawal.

Bak kata Socrates

“The children now love luxury; they have bad manners, contempt for authority; they show disrespect for elders and love chatter in place of exercise. Children are now tyrants, not the servants of their households. They no longer rise when elders enter the room. They contradict their parents, chatter before company, gobble up dainties at the table, cross their legs, and tyrannize their teachers.”


4.jpg
Sepanjang filem ini berlangsung saya seperti telur yang duduk dihujung tanduk. Lokasi cerita ini berada seperti jongkang-jongkit (seesaw) dengan stakes yang besar dan ketidaktentuan. Berada di tengah-tengah diantara dua peradaban moden, tapi berakarkan darah bangsa dan nilai yang serupa. Polis Thailand banyak memberi amaran kepada orang kampung jangan membuat kecoh. Pak Mamat juga terus ditangkap, dua kali setelah disyakkan terlibat dalam pembunuhan anak Pak Isa dan akhirnya pembunuhan Pak Isa itu sendiri. Padahal di Kelantan, rumah pelacuran digambarkan bebas beroperasi dan pembunuhan anak Pak Isa diselindungi dari pihak polis.


5.jpg
Lagi satu perkara yang amat clear pada saya dalam filem Jogho ini adalah dimana Melayu Islam Kelantan telah di belah dua oleh sempadan hasil kolonisasi dan demokrasi. Agenda Divide and Conquer tangan-tangan ghaib setelah beratus-ratus tahun akhirnya mendatangkan hasil. Manusia-manusia berlaga-laga seperti lembu.

Bak kata seorang Imad (Alexander Siddig) di Kingdom of Heaven (2005)
"You reap what you sow". Korang tabur benih kebencian, bersedialah pada musim menuai nanti.

Lagi satu aspek yang saya ingin ketengahkan adalah betapa cantiknya filem ini. Biar gambar berbicara.

Sedikit menyedihkan babak tarian ketika Selamah (Norseha Hameed) ingin dipulihkan dari penyakit beliau dan perlawanan laga lembu diantara Calet dan Langsat telah dicensored. Sungguh pelik. Propaganda-propaganda kotor politik disebar meluas di semua peringkat media. Hasil seni sebegini disekat. Hebat.


2.jpg
Dari segi pembikinan filem saya ada terfikir bagaimanakan perlawanan diantara Calet dan Langsat dilaksanakan? Pengarah boleh mengarah seorang pelakon untuk jatuh ketika ditembak. Macam mana nak suruh lembu jantan kalah berlaga? Adakah perlawanan lembu Calet vs Langsat di shoot dahulu sebelum adegan-adegan lain, dan shooting selebihnya bermula dari situ? Hanyalah sekadar perasaan ingin tahu seorang noob.


Saya dah lama nak tulis review ini namun beberapa hari yang lepas, Pak Hassan Abd Muthalib telah mereleasekan satu tulisan yang sgt epic mengenai filem Jogho ini. WAJIB BACA

https://www.academia.edu/39535775/ADAPTASI_NOVEL_-_DARI_JUARA_KE_JOGHO

Dari berebut-rebut menganalisa video hisap kote, marilah kita belajar menjadi penonton cerdik dengan menonton filem-filem cerdik dari para pengkarya-pengkarya hebat seantero nusantara.

Bak kata U-Wei bin Hj Saari dalam buku Nasir Jani, "Pemberontak Filem"

"...aku perlukan penonton cerdik untuk membikin filem cerdik!"

So anda yang mana satu? Lembu lagaan? Jogho? Tukang sorak? atau oghe tino yang kena duduk dirumah dan tidak boleh ada dekat gelanggang?

Sekian, Terima kasih kerana membaca noob review ini hingga ke tamat :)


8.jpg


10.jpg


6.jpg


11.jpg


9.jpg


12.jpg


Sort:  

You’ve been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness